TERMA DAN SYARAT

Syarat-syarat Permohonan Pendaftaran secara online

  1. Harap maklum bahawa berkuatkuasa 15 Julai 2005, pakej "Streamyx" hanya boleh didaftarkan kepada pelanggan kategori Persendirian. Pelanggan kategori Perniagaan hanya boleh mendaftar dengan pakej "streamyx Enterprise" dan "Corporate". Untuk maklumat lanjut, hubungi 100 atau emel custcare@tm.net.my
  2. Pemohon mestilah pemilik talian tetap TM. Sekiranya pemohon bukan pemilik talian tetap TM, sila kosongkan pada bahagian (no.telefon rumah untuk pemasangan) pada borang pendaftaran untuk memohon talian tetap yang baru.
  3. Pemohon mestilah pelanggan talian tetap TM.
  4. Pendaftaran secara online ini hanya terhad untuk pakej Streamyx dan Business Broadband (ADSL sahaja). Untuk permohonan pakej Business Broad band SDSL, sila kunjungi TMpoint, CASOberdekatan atau hubungi wakil jualan kami yang sah.
  5. Pendaftaran secara online ini hanya terhad untuk rakyat Malaysia sahaja.
Notis:
  1. Permohonan streamyx secara online boleh dilakukan pada bila-bila masa (24 jam sehari). Walau bagaimanapun pendaftaran selepas 8.30 malam hanya akan diproses pada keesokan harinya bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 8.30 malam. Status permohonan boleh disemak pada keesokan harinya.
  2. Untuk melakukan sebarang perubahan pada permohonan anda, sila hubungi TMpoint atau CASOberdekatan.
  3. Bil yang pertama akan mengandungi yuran pemasangan sebanyak RM88, yuran pengaktifan perkhidmatan sebanyak RM75, yuran langganan bagi bulan pertama (daripada tarikh pengaktifan perkhidmatan) dan yuran langganan pendahuluan bagi bulan kedua.